Cara Membuat
Jackfruit Compote Cake(Nangka Kek)
Bahagian A: Jackfruit Compote
- 300 gm Isi nangka
- 500 gm gula
- 250 ml air
- ½ tsp garam
- 2 tsp tepung jagung (corn flour)
- 1 tsp nangka paste Koepoe Koepoe
1. Campurkan semua bahan & masakkan kesemua isi nangka sehingga jadi lembut
2. Tambah 2 tsp tepung jagung dan ½ gelas air (125ml) ke dalam masakan ini.
3. Selepas tu, masak sampai pekat dan dinginkan.
4. kacao masakan tersebut dan tengok adakah dalam bentuk jem, (panaskan kalau rasa tak pekat atau cair).
5. Cuba kacao compote dan pastikan dalam bentuk jem, panaskan lagi kalau rasa cair sangat.
Bahagian B : Jackfruit Sponge Cake
Bahan-bahan :
- 200 gm tepung gandum
- 90 gm tepung jagung
- 7 biji telur
- 30 gm Ovalett
- 75 ml susu segar (fresh milk)
- 1 tsp nangka paste Koepoe Koepoe
1. Campurkan semua bahan dan pukul sampai menjadi kembang.
2. Selepas tu, tambah 75gm mentega cair ke dalam adunan dan gaul sebati
3. Bahagikan adunan kepada 2 loyang (7 atau 8 inci)
4. Bakar dengan 180 darjah Celsius selama 25-30 minit.
Bahagian C
Bahan-bahan :
- 500ml whip cream
- ½ tsp Nangka paste Koepoe Koepoe
1. Campurkan 500ml whipped cream dan ½ tsp Nangka Paste Koepoe Koepoe, kemudian gaul sebati.
2. Keluarkan sponge cake dan potong menjadi 3 atau 4 lapisan (layer)
3. Sapukan krim ke atas lapisan kek dan selepasnya sapukan jackfruit compote ke atas lapisan krim.
4. Ulangi proses ini sampai semua lapisan habis.
5. Hiaskan Jackfruit Compote Cake dengan mengikuti kesesuaian dan kesukaan sendiri .
Jackfruit Compote Cake sesuai dihidang dalam keadaan dingin.
Sumber : Resepi dari Chef Khairi Mansor



